Thursday, December 28, 2006

Salam Aidiladha dari majlis tertinggi pers. mahasiswa antropologi dan dakwah, UDM

Assslamualaikum dan salam Aidiladha buat semua mahasiswa antropologi...dikesempatan ini saya selaku timbalan presiden pers. antropologi dan dakwah, UDM ingin mengucapkan salam perpisahan buat Hana yang akan meninggalkan kami untuk menyambung pengajian pada semester dua di ijazah bio-teknologi Pertanian, UDM. Semoga berjaya menempuh alam baru dan mengulangi kejayaan di semester lepas. Dan diharapkan segala kenangan kita bersama sebagai satu persatuan dijadikan sebagai kenangan terindah. Tidak lupa, saya ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilahda buat semua pensyarah dan siswa antropologi. Semoga pengorbanan yang dapat kita tatapi melalui peristiwa korban ini dapat memberi inspirasi baru di semester dua ini. Diharapkan semua dapatlah menjaga diri dan kesihatan agar kita dapat bersua di musim baru, semester dua. Sekian, terima kasih.
salam aidiladha,
Muhammad 'Aizat b. Anwar Apandi
timb. presiden,
Pers. Mahasiswa Antropologi dan Dakwah

Wednesday, December 27, 2006

PERMULAAN BUAT PERS. ANTROPOLOGI DAN DAKWAH...

assalamulaikum buat semua pelawat laman web atau 'blog' yang direka khas bagi menjadi penghubung buat mahasiswa persatuan antropologi dan dakwah untuk memperolehi maklumat terkini dan semasa. lantaran kepesatan IT, penggunaan internet dalam menyampaikan maklumat oleh persatuan ini begitu dihargai. diharapkan semoga selepas ini rakan-rakan sekalian dapat menyumbangkan idea dan candangan dalam membangunkan 'blog' ini untuk menjadi wadah utama dalam memberikan informasi berkaitan persatuan. semoga diharapkan semua siswa antropologi dan dakwah menberi galakan dan cadangan kepada saya untuk membuat sebuah laman web informasi khas buat persatuan mahasiswa antropologi dan dakwah. sekian terima kasih.

daripada,
muhammad 'aizat b. anwar apandi
timbalan presiden
persatuan mahasiswa antropologi dan dakwah,
universiti darul iman malaysia