Sunday, May 20, 2007

salam pembuka minda kelas pertama

assalamualaikum...mesti bosan macam2 yang saya tuliskan dalam blog ni.mungkin sebab tiada orang lain yang mahu guna blog ni untuk luahkan pendapat berkaitan persatuan.banyak masalah yang timbul dalam kos ni,pertama kegagalan ia berfungsi dengan baik.kedua,peranan dan kefungsian mereka yang memimpin persatuan ni.apa yang merisaukan saya status kos ni masih diperdebatkan sama ada sah atau tidak.jika semua masih menunding jari,tidak ke mana perginya.berbangga dengan status yang ada tetapi tidak mampu membawa sesuatu anjakan pradigma yang baik kerana terikat dengan keadaan sebelumnya.bukan ingin menyatakan ketidakpuashatian tetapi ini merupakan cara untuk meluahkan rasa hati bagi golongan minoriti.jika kita mahupun sebuah perubahan seiring perubahan universiti ini wajar membuat sebuah perancangan menyeluruh juga dari aspek organisasi persatuan.demi membina minda kelas pertama kita seharusnya meningkatkan daya kreativiti tanpa mudah berputus asa di samping menguatkan lagi aspek rohani.Islam menggalakkan umatnya meningkat daya usaha dan produktiviti untuk mencapai kualiti.semangat itulah yang mesti ada dalam persatuan ini kelak.andai tugas dan peranan diletak kepada mereka yang meneraju pimpinan di atas sahaja maka persatuan juga tidak mampu bergerak.banyak kelemahan yang saya perhatikan berlaku dalam dua sem ni.Insya Allah jika Allah memberi kekuatan kepada saya, maka saya akan berusaha mengubah dan memperbaiki kelemahan ini demi kesejahteraan bersama.paling penting kita harus membuang sifat dengki dan iri hati serta menanam semangat ingin berusaha dan bersaing tanpa rasa jemu....kita bukan di sekolah,matrik mahupun kolej tetapi di UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA.

cetusan kata,
putera annur