Wednesday, July 18, 2007

Berita Terkini 2007

Assalamualaikum...
Buat makluman semua siswa dan siswi antropologi dan dakwah, laman blog ini akan ditukar atau "update" atau "under construction" buat sementara waktu bagi menaik tarafkan laman blog ini. Sehubungan itu, diharapkan kepada pelajar dapatlah memberi kerjasama dari segi idea dan cadangan yang rasional serta bernas untuk menjadikan laman blog antropologi dan dakwah kepada laman informasi terkini dan kontemporari. Sekian

mekanik,
putera annur

Saturday, July 7, 2007

Selamat Datang Kepada siswa & siswi baru Antropologi & Dakwah sesi 2007/2008

Assalamualaikum...Pertama sekali marilah kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerna dapat menyambung pengajian ke tahap seterusnya yang dinamakan Universiti. Kita sedia maklum bahawa universiti merupakan tempat yang menjadi sebahagian daripada agen sosialisasi kepada manusia yang bergelar mahasiswa. Pelbagai harapan, dugaan, cubaan, kejayaan dan ingatan yang kita bakal lalui dan harungi. Justeru, pemantapan dari aspek rohani, jasmani, emosi, intelek dan yang paling penting iman wajar diambil berat agar tidak hanyut mengikut rentak yang lalai sehingga mengakibatkan masa depan kita hancur. Akhir kalam, selaku timbalam presiden, saya berdoa dan berharap agar kita mampu bersama-sama dan berkerja sebagai sebuah unit yang gagah dan kuat seperti sebuah keluarga. Wassalam.

Ikhlas;
Putera Annur